Monday, October 20, 2008

Mengukur Keberatan Bunyi..

Mana mungkin manusia dapat mengukur keberatan bunyi… Apatah lagi binatang.. Tapi ‘berat’.. Itulah tatasimbol yang kuguna melabel kekuatan jiwa sesuatu bentuk bunyi-bunyian..
Muzik salah satu bentuk bunyi-bunyian yang rapi.. Dan bukan sekadar bunyian, walaupun tidak bernyawa tapi berjiwa..



Evolusi Diri Diillusi



Telingaku mula berjinak dengan earphone sejak ku masuk high school. Detik itu, walkman memang up habis, lebih kurang piring hitam waktu 60-an.. Semua memberku yang ku gelar Fighter itu memang tertarik dan tidak kisah menghabis duit poket cabuk mereka membeli nya. Betapa tidak berbaloi investment mereka kalau benda berbunyi itu terkantoi atau dikantoi oleh penjaga-penjaga di asrama. Tapi itulah kuasa bunyi.



Aku sewaktu dulu gemar berteduh di kamar memberku, mana tidaknya kalau poket cabuk sendiri tidak mampu membeli benda berbunyi tu.. Jiwaku kelihatan hanyut dengan denyut-denyut dihasilkan oleh earphone itu. Kagum… Lagi bertambah kagum setelah memutarkan punat Mega Bass.. Bagai jiwaku dibawa lari bersama denyut-denyut deras itu.. Tapi itu ku tidak kisah.. Itu juga salah satu caraku melarikan diri dari igauan merpati-merpati (quoted from kelucuan anak anjing) yang menghantui tidur lenaku..



Aku kagum dan kaget pun muncul jua.. Bunyi ketukan-demi-ketukan Travis Braker memang buat ku gila.. Maklumlah, jiwa Fighter yang membara.. Bagaikan ekspulsi yang melonjak-lonjak dalam engine kereta, membunyikan amaran horse power dan torque yang tinggi.



Blink 182
Greenday
Sum 41

Bunyi-bunyi ini membuatkan aku gila, beberapa tahun lamanya.. Dan setelah jiwaku lari dari suasana berbara sebelum periksa menengah rendah, ia berpindah ke bunyi-bunyi selamber Greenday dengan suara 'ston' Joe Armstrong..

Radio Cabuk

Ku yakin ada satu benda tak bernyawa yang berjiwa, seumur aku di rumah.. Iaitu radio cabuk bapa aku. Bapa aku memang ada satu radio cabuk.. Dan bapa aku sayang radio ini.. ‘’Bukan mudah untuk beli waktu muda aku..’’ petiknya.

Ku cuba-cuba juga curi-curi tidur di luar kamar, bertentangan dengan radio cabuk bapa aku di malam hari, memasang kaset-kaset yang ku beli di luar kepala bapa dan mama aku..

Memang puas hati..Ketika itu aku rasa berjiwa.. bagaikan melayang lebih tinggi dari merpati yang ku buru..Pernah sekali ku kantoi dengan bapaku, mendengar radio cabuk bapa aku..

Tapi ada baiknya ku kantoi, sebab dapat greenlight untuk guna radio cabuknya..
Laptop nyawaku..

Hariku dapat laptopku, dunia bagai aku punya.. Mana taknya, ia bagaikan jiwa aku berlipat kali ganda bertambah saiznya, serta isi kandungnya…Rasa aku bernyawa setelah sekian lama..Pernah sekali laptop aku sakit, hilang jiwanya setelah komponen speakernya rosak.. Aku merana, hampir sebulan tidak dapat dengar bunyi berjiwa.. Dan andainya nyawa laptop ku ditarik hari ini, aku pasti menggila bagai hendak menyalahkan tuhan menarik nyawanya.. Pasti !

Muzik seperti rokok.. Hanya perlu lighter untuk buat kawan berbual.. Bunyi untuk dibuat kawan just perlu diampaikan melalui medium berbunyi seperti earphone.. Kualiti kadangkala bagai ditolak tepi..
Mana taknya kalau eager kuasai jiwa diri..

Sekarang ku lebih tenang.. Jiwaku tidak terlalu menggila dan jarang melenting.. Mungkin lebih rasional..
Jadi ku dengar lagu yang tenang setenang riak air..

Estrella
Colbie Caillat
Mraz
Couple

Luasnya Berat Bunyi

Memperkenalkan insan-insan yang wujud dalam babak dibawah..



Ini bapak.
Gelarannya bapak cekang.
Dia sahabat aku.
Meja di kelas bersebelahan.





Level chemistry : 90%
dengan diriku

Bapak menutur: Sahabat, aku rasa memang x bole masuk sangat kalau nak masuk musik Nob cam Avenged Sevenfold, rasa berat sangat dan x pasal2 kepala aku sekali berat.

Aku membalas: Boleh tahan berat lah dari segi bunyi-bunyian.. Tapi aku rasa bunyik-bunyik macam itu memang berat pada adunan bunyinya, tapi kurang suntikan jiwanya..

Bapak membidas: Owh iya.. aku ukurnya dari adunan muzik.

Betapa luas berat bunyi.. Setiap insan berperspektif yang berbeza.. Ada insan suka jazz, ada yang suka Rock n Roll, ada suka Punk, ramai yang gila Indie.. Faktanya, ianya terlampau luas.. Jadi tidak perlu insan berpuak-puak hanya sebab berfahaman muzik yang berbeza.. Muzik itu bunyi yang berjiwa universal..

p/s:
-Raja n Bapak- Kataku semalam hanya gurauan.. Muzik itu bunyi yang berjiwa universal..
-Radio Cabuk masih dirumah, berbakti kepada bapa aku.. Dan mengejutkan apparently, ianya lebih tua dari aku.. Sayangnya bapa aku pada Radio Cabuk nya..

No comments: