Tuesday, November 4, 2008

SOAL Menitik??

Watak-watak terbabit : Laki-laki dari marikh
Pempuan dari venus

Tema : Menitik

Latar Masa : Bila-bila masa. Pendek kata dari azali.

Latar Tempat : Dimana-mana. Pelusuk ceruk perut bumi.

Latar Masyarakat : Semua tidak terkecuali. Termasuk masyarakat melayu.

Perbualan bermula

‘’Soal menitik selalu dikait dengan kami, ‘’ luah pempuan dari venus.

‘’Habis siapa lagi?’’ persoal laki-laki dari marikh.

‘’Takkan kami?’’ persoal laki-laki dari marikh lagi, menyindir.

‘’Sebilangan kecil dari kamu?’’ redah berani pempuan dari venus.

‘’Itu bukan dari kami. Mereka bukan’’ jelas secara serious laki-laki dari marikh.

Evaluation

Bukan salah laki-laki dari marikh tidak menitik. Bukan salah pempuan dari venus kerap menitik. Itu persoalan baru kerap diungkapkan.

‘’Menitik satu kelemahan’’
Itu claim laki-laki dari marikh.

‘’Menitik symbol kelembutan’’
tu claim pempuan dari venus.

Namun, kata wartacara kedua-dua bukan. Menitik bukan lemah. Menitik bukan lembut.

Memang nampak lemah. Bila menitik muka mencebik. Hidung berair. Pipi memerah. Kekuatan dan kekerasan luput seketika. Memang nampak lemah. Tapi bukan lemah, Cuma sentimental, claim wartacara shika.

Memang tampak lembut. Bila menitik muka mencebik. Hidung berair. Pipi memerah. Kekuatan dan kekerasan luput seketika. Nampak comel. Kadang kala bagai manja. Di salah erti sebilang laki-laki dari marikh dengan term ‘mengada’ and ‘overrated’. Memang tampak lembut. Tapi bukan lembut. Cuma sentimental, claim wartacara shika.

Kadang-kala manusia perlu cara untuk lepaskan semua. Ya, lepaskan semua. Dan persamaan kita, kita boleh menitik. Buktinya, hasilnya setitik yang jernih. Semua sama. Tidak pernah wujud air mata darah. Cuma term sahaja diguna pakai sehingga kini.

Imagin mata tidak menitik. Dunia takkan menjadi bila manusia memendam. Punch bag pula tidak seefisien menitik.

Kini sentimentalist, mari berjuang. Betulkan fahaman menitik dalam masyarakat kita.

p/s: menanti janji manis KMB untuk punch bag di common room.

No comments: